Sabtu, 23 Jun 2012

amalan bulan syaaban

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

KEUTAMAAN dan AMALAN BULAN SYAKBAN

Ketahuilah, Syakban adalah bulan yang sangat mulia dan disebut bulan Rasulullah saw. Beliau selalu berpuasa pada bulan ini hingga datang bulan Ramadhan. Beliau bersabda, " Syakban adalah bulanku. Sesiapa berpuasa satu (1) hari pada bulanku ini, surga adalah miliknya."

KETAHUILAH, AMALAN2 DI BULAN YANG MULIA INI TERBAGI DALAM 2 KLASIFIKASI;

AMALAN-AMALAN UMUM;

Amalan-amalan umum (pada bulan ini) adalah sebagai berikut:

PERTAMA, membaca (zikir berikut) sebanyak 70 kali dalam setiap hari.

اسثغفر الله و اسا له ا لثو به

Aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya.

KEDUA, membaca (zikir berikut) sebanyak 70 kali dalam setiap hari.

اسثغفر الله الذى لا اله ا لا هو الرحمن الرحىم الحئ القئوم و اثوب الئه

Aku memohon ampun kepada Allah yang tiada tuhan selain Dia. Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Yang Mahahidup dan Maha Berdiri Sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya.

Nota: Dari sebahagian hadis dapat dipahami bahawa doa dan zikir terbaik di bulan ini adalah istigfar, dan sesiapa membaca istigfar sebanyak 70 kali dalam setiap harinya, pahalanya sama dengan membaca istigfar sebanyak 70,000 kali di bulan-bulan lain.

KETIGA, bersedekah meskipun dengan setengah biji kurma sehingga Allah akan mengharamkan badan kita dari api jahanam.

KEEMPAT , membaca bacaan (berikut ini) sebanyak 1000 kali di sepanjang bulan. Kerana ia memiliki pahala yangt tak terhingga. Diantaranya, ibadah 1000 tahun akan ditulis di surat amalnya.

لا اله الا الله ولا نعبد الا ائا ه مخلصئن له ا لد ئن و لو كره ا لمشركون

Tiada tuhan selain Allah dan kami tidak menyembah kecuali Ia dengan memurnikan agama hanya bagi-Nya meskipun musyrikin menentang (kami).

Ayoh sama-sama kita amalkan..selagi masih boleh tarik bernafas..

...KELIMA akan bersambung 1/2.

Sumbir: Mafatih al-Jinan
Syekh Abbas A-Qummi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan