Rabu, 5 Mac 2014

REALITI KEHIDUPAN


30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan? Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yg bongsu " Ayah cikgu adik ckp ari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru." Isteri spontan menyampuk " mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..sambil anak yg sulung pula mencelah .." ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni..Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong ..

Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk mkn dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah..

setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dgn suami hanya tinggal gaji yg baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja.Maka tidurlah si suami dgn mata yg terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dlm beberapa jam sahaja dapat gaji tadi..

Keesokkannyer pagi sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi...suami pun pergilah beli dgn modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 ..

sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dgn tudung bawal berharga Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila kedepan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata " bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hengget...suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak. 

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar .mintak singgah di kedai makan untuk makan mlm...sang ayah kesiankan dgn rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dgn membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.

Esok hari Ahad...isteri suh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genap Rm180.00..Malamnyer pulak beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta...

Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??....selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada modal...lalu isteri menjawab dgn sinis " kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit...klu ajak balik kg saya jer abg kata tak der duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abg ada pompuan lain ke??" Terpinga pinga suami nak di jawab jadi perang...nak di ceritakan yg sebenar.

‪#‎Perjuangan‬ ‪#‎belum‬ ‪#‎selesai‬.

Selasa, 12 Mac 2013

DOA UNTUK SI MISTERI...

ya ALLAH.. seandainya telah KAU catatkan dia milikku, tercipta untuk diriku.. satukanlah hatinya dengan hatiku, titipkanlah kebahagiaan..

ya ALLAH.. ku mohon apa yang telah kau takdirkan, ku harap dia adalah yang terbaik buatku.. kerana ENGKAU tahu segala isi hatiku.. pelihara daku dari kemurkaan MU...

Selasa, 19 Februari 2013

"Janganlah kamu menjadi pak turut hingga kamu berkata, "Andainya orang mengatakannya baik, maka baiklah pada kami, dan andainya orang mengatakannya zalim, zalimlah pada kami". Tetapi tetapkanlah pendirian kamu. Sekiranya orang mengatakannya baik maka hendaklah kamu berlaku baik, dan sekiranya orang melakukannya buruk maka janganlah kamu berlaku zalim."

( HR : Tirmidzi )

Isnin, 18 Februari 2013

assalamualaikum...! ^^'

ya ALLAH... aku ni pelupa rupenye... =,=' lebih 3 bulan aku mencari sebab ape blog aku tak boleh bukak.. taw2 je, salah email... hahai... ape da...
IN SHAA ALLAH... ape2 hal aku akan update balik aku punye blog yang dah berape lame gilerr  tak update nih.... =,='

LA HAWLA WA LA QUWWATA ILLA BI ALLAH AL 'AZIM... ^^' 

Sabtu, 23 Jun 2012

amalan bulan syaaban

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

KEUTAMAAN dan AMALAN BULAN SYAKBAN

Ketahuilah, Syakban adalah bulan yang sangat mulia dan disebut bulan Rasulullah saw. Beliau selalu berpuasa pada bulan ini hingga datang bulan Ramadhan. Beliau bersabda, " Syakban adalah bulanku. Sesiapa berpuasa satu (1) hari pada bulanku ini, surga adalah miliknya."

KETAHUILAH, AMALAN2 DI BULAN YANG MULIA INI TERBAGI DALAM 2 KLASIFIKASI;

AMALAN-AMALAN UMUM;

Amalan-amalan umum (pada bulan ini) adalah sebagai berikut:

PERTAMA, membaca (zikir berikut) sebanyak 70 kali dalam setiap hari.

اسثغفر الله و اسا له ا لثو به

Aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya.

KEDUA, membaca (zikir berikut) sebanyak 70 kali dalam setiap hari.

اسثغفر الله الذى لا اله ا لا هو الرحمن الرحىم الحئ القئوم و اثوب الئه

Aku memohon ampun kepada Allah yang tiada tuhan selain Dia. Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Yang Mahahidup dan Maha Berdiri Sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya.

Nota: Dari sebahagian hadis dapat dipahami bahawa doa dan zikir terbaik di bulan ini adalah istigfar, dan sesiapa membaca istigfar sebanyak 70 kali dalam setiap harinya, pahalanya sama dengan membaca istigfar sebanyak 70,000 kali di bulan-bulan lain.

KETIGA, bersedekah meskipun dengan setengah biji kurma sehingga Allah akan mengharamkan badan kita dari api jahanam.

KEEMPAT , membaca bacaan (berikut ini) sebanyak 1000 kali di sepanjang bulan. Kerana ia memiliki pahala yangt tak terhingga. Diantaranya, ibadah 1000 tahun akan ditulis di surat amalnya.

لا اله الا الله ولا نعبد الا ائا ه مخلصئن له ا لد ئن و لو كره ا لمشركون

Tiada tuhan selain Allah dan kami tidak menyembah kecuali Ia dengan memurnikan agama hanya bagi-Nya meskipun musyrikin menentang (kami).

Ayoh sama-sama kita amalkan..selagi masih boleh tarik bernafas..

...KELIMA akan bersambung 1/2.

Sumbir: Mafatih al-Jinan
Syekh Abbas A-Qummi

Selasa, 17 April 2012

INDAHNYA CINTA...

(¯`v´¯)¸
`•.¸.•❤•..•♥ Assalamu'alaikum wr wb ♥¸.•❤•..
♥♥ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ♥

●• Pada mu yg bertanye tentang ..٠C I N T A٠•●

♥⊹Cinta itu indah...andai bertemankn Iman..
Cinta itu musnah...andai berteman kn nafsu....

♥⊹Cinta itu indah...andai Syariat di patuhi...
Cinta itu musnah...andai batasan di langgari..

♥⊹Cinta itu indah...andai Bapa merestui..
Cinta itu musnah...andai restu di pinggiri..

♥⊹Cinta itu indah...andai di pelihara hingga ke Syurga..
Cinta itu musnah..andai tersungkur di dlm neraka..

♥⊹Cinta itu bahgia dan sejati...andai Iklas dan di Berkati...

* Hati♥ jadi cair...
Ya Allah.. tolong simpan hati dia buatku..^___^**

~*:: Bercinta Sampai Ke Syurga ::*~
Qalam Bismillah

SIKSANYA API NERAKA!!!

SAKITKAH KLAU KUKU KITA TERCABUT...?

Bagaimana dengan seksaan Allah di Neraka Jahannam?

adakah ini lebih sakit dari kita dibakar hidup2?

tahukah kita api neraka berpuluh2 ganda lagi panas dari api dunia?

percayakah kita akan adanya api neraka?

mahukah kita ditempatkan di neraka nanti?

benar, tiada siapa yang sanggup ditempatkan di neraka....

namun ramai yang seolah-olah ‘bersedia’ untuk dipanggang di sana.....

kata takut azab, xnak masuk neraka, tapi langgar perintah Allah....

ape Allah suruh xnak buat.....yang Allah larang kita buat...

pikir2kan wahai sahabat2 ku semua...mati itu benar....syurga neraka itu juga benar......bila2 masa sahaja kita boleh mati masuk dalam kubur tu.....jgn ingat bila sakit jer kita akan mati....time kita sihat segar bugar tgh main bola kat padang pon kita boleh mati.....jadi sama2lah kita sentiasa bersedia untuk mati tidak kiralah time sakit, sehat, susah atau senang supaya kita ada bekalan untuk mengelakkan kita masuk ke dalam neraka.....insyallah...
Mari kita bersama berdakwah..Sesiapa sahaja boleh ambil, share atau copy. Saya izinkan. Sharing for caring...Tinggalkan komen boleh juga untuk sama sama kita berbicang...